Carian  
10 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Biro Pendaftaran Pemilih gerakkan program tambah ahli baru Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 26 Januari 2010

Biro Pendaftaran Pemilih gerakkan program tambah ahli baru.JPG

BUKIT NANGKA 26 JAN 2010 – Biro Pendaftaran Pemilih bahagian Jeli akan mengadakan program turun ke bawah dalam masa terdekat bagi mencari dan mendaftar ahli-ahli baru.

Setiausaha UMNO Bahagian Jeli, Zahari Che Mahmood berkata, program tersebut akan digerakkan di seluruh petiundi di bahagian ini.

Katanya, program mencari dan mendaftar itu adalah antara kaedah yang akan digerakkan dalam usaha untuk menambah ahli-ahli baru.

“Pelbagai kaedah lagi turut akan digunakan demi mencapai maksud dan matlamat bagi memastikan setiap warga Jeli tidak ketinggalan dalam menjalankan tugas untuk mengundi.

“Pada masa yang sama, Biro Pendaftaran Pemilihan juga  akan digerakkan untuk pendaftaran kepada ahli UMNO yang belum didaftarkan sebagai pemilih,”katanya

Hadir dalam majlis ini ialah Ahli Jawatankuasa Biro Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO Bahagian Jeli, Pengerusi JKKP dan ahlijawatankuasa UMNO Bahagian keempat-empat peringkat.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement