
BUKIT NANGKA 25 JAN 2010 – Satu majlis taklimat khas di adakan di Kompleks UMNO dekat sini anjuran Biro Pendaftaran Pemilih dan Keahlian UMNO Bahagian Jeli.
Majlis taklimat anjuran UMNO Bahagian itu di sampaikan oleh Abd Rahim Mat Salleh, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri Kelantan
Hadir dalam majlis ini ialah Ahli Jawatankuasa Biro Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO Bahagian Jeli, Pengerusi JKKP dan ahlijawatankuasa UMNO Bahagian keempat-empat peringkat.
Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Kelantan, Abd Rahim Mat Salleh berkata, ,SPR menekankan tiga bidang tugas, peranan dan tanggungjawab yang dimainkannya
“Tiga tugas SPR yang penting iaitu pendaftaran pemilih, menjalankan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil serta membentuk kerajaan yang akan memerintah negeri atau pusat” katanya semasa member taklimat tersebut.
Beliau juga memaklumkan bahawa melalui Pembantu SPR mewakili parti UMNO telah berjaya mendaftar pemilih baru seramai 12500 orang tetapi berbanding dengan Pembantu SPR mewakili Pas yang telah berjaya mendaftar seramai 6 ribu orang lebih.
Program ini memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada petugas dan jentera UMNO Bahagian Jeli.
Hadir bersama ialah Setiusaha UMNO Bahagian Jeli, Mohd Zahari Che Mahmood