
Mustapa bersama media dalam kejohanan bowling yang diadakan, semalam.
KOTA BHARU 25 JAN 2010 – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam meluangkan masa selama hampir sejam di Pacific Bowl, KB Mall dalam Kejohanan Bowling bersama media anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.
Biarpun sibuk dengan tugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed tetap pulang ke Kelantan apabila selesai sahaja lawatan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke India, sebelumnya.
Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hadir pada jam lebih kurang 5 petang, semalam turut bersama Pengarah JPP Kelantan, Makhtar Mustapa dan media Kelantan memeriahkan kejohanan berkenaan.
Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam ucapannya berkata, kejohanan yang diadakan merupakan permulaan bagi mengukuhkan lagi hubungan bersama media negeri ini.
Katanya, majlis tersebut akan dijayakan dari semasa ke semasa sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada media dalam melaporkan pelbagai program yang dijalankan kerajaan pusat di negeri ini.