
LATA JANGGUT 8 APRIL 2007 - Projek ini adalah merupakan projek kawasan pedalaman yang diberi peruntukan oleh kerajaan untuk melengkapkan proses telekomunikasi dan perkhidmatan internet di kawasan luar bandar.
Projek di jajahan Jeli ini merangkumi Kg Melayu Malaysia, Kg Air Putih, Lata Janggut, Pasir Dusun, Sg Satan dan Air Chanal.
Enam buah kampung ini akan dibekalkan kemudahan talian dengan keupayaan 799 telefon dan 16 perkhidmatan internet. Perkhidmatan ini bermula 1 Januari 2007 lalu.
“Dalam RMK-9 kita ada rancangan untuk perbesarkan projek ini sekiranya ada permintaan daripada masyarakat setempat,” kata Pengarah Besar TM Kelantan, Mustapha Ahmad.
Kos bagi membekalkan kemudahan perkhidmatan itu termasuk peralatan dan kabel kira-kira RM 2.35 juta bagi kawasan pelancaran hari ini, di Lata Janggut melibatkan 105 buah rumah dan cadangan menubuhkan 2 pusat internet bagi kegunaan masyarakat.
Projek ini juga projek perintis bagi memberi pendedahan masyarakat luar bandar kepada internet dan pembinaan laman web.
Majlis pelancaran perkhidmatan itu disempurnakan oleh ADUN Kuala Balah, Yang Berhormat Aziz Derashid.