Carian  
11 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Manfaatkan halaman rumah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 24 Januari 2010

Manfaatkan halama rumah.JPG

Tajudin mengusahakan tanaman pokok depu dihadapan rumahnya untuk jangka masa panjang

BELIMBING 24 JAN 2010 – Suasana kehidupan dikampung dengan bercucuk tanam di ruang tanah lapang di setiap rumah adalah satu kemestian.

Kesungguhan memanfaatkan kawasan halaman rumah memberikan satu nilai tambah kepada penduduk dalam kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Penduduk, Tajudin Bidin, 50, berkata, bercucuk tanam di kawasan halaman rumah memberikan pulangan berganda kepada sesiapa sahaja.

“Selian menjimatkan kos sara hidup sekaligus perkara ini akan mengurangkan beban,”katanya.

Menurutnya, ruang tanah lapang perlu digunakan sebaik mungkin samaada menanam sayur-sayuran, menternak ikan, lembu dan sebagainya.

“Menternak ikan sebagai contohnya mampu mengurangkan kos perbelanjaan harian sekaligus mengurangkan tekanan sekiranya perbelanjaan meningkat.

Kata Tajudin, dia turut mengusahakan tanaman pokok karas (depu) di ruang tanah lapang di hadapan rumahnya sebagai tanaman jangka masa panjang yang mampu memberikan pulangan berganda kelak.

“Memanfaatkan ruang halaman rumah ini juga dapat menampung keperluan keluarga sekaligus menghabiskan masa terluang dengan aktiviti berfaedah dan sihat,”katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement