Carian  
10 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Skim Pengairan Lawang mula tunjuk hasil Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 23 Januari 2010

Skim Pengairan Lawang mula tunjuk hasil.JPG

Seorang penduduk menunjukkan projek naik taraf Skim Pengairan Lawang yang mula memberikan kesan positif

BATU GAJAH 23 JAN 2010 – Projek naik taraf Skim Pengairan Lawang yang dianggarkan berjumlah RM 10 juta dilihat mula membuahkan hasil sejak projek berkenaan dilancarkan pada Mac tahun lalu.

Projek tersebut bukan sahaja memberikan manfaat kepada petani-petani itu turut berfungsi mengurangkan masalah banjir yang acap kali berlaku dikawasan rendah sekitar.

Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga, Adnan Hamid berkata, bairpun projek berkenaan masih belum siap sepenuhnya namun ianya telah mula menunjukkan tanda-tanda positif kepada penduduk.

Menurutnya, hasil perlaksanaan projek ketika ahli parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu cukup bermafaat.

“Contoh positif hasil projek tersebut dapat dilihat pada musim banjir yang dilanda Kelantan baru-baru ini.

“Kawasan Lawang ini adalah antara kawasan banjir teruk di parlimen Jeli namun pada tahun ini jumlah penduduk yang dipindahkan telah berkurang jika dibandingkan sebelumnya,”katanya.

Beliau berkata, projek membabitkan 600 hektar tanah sawah itu telah mula memberikan kesan membanggakan.

“Keuntungan berganda ini bukan sahaja dapat dinikmati mereka yang mengusahakan tanah sawah sahaja tetapi kepada penduduk keseluruhannya, perkara ini sekaligus akan mengurangkan nilai kerosakan dan kerugiaan yang terpaksa ditanggung mereka.

“Langkah lebih baik perlu diambil kontraktor projek dan cadangan terbaik ialah meninggikan lagi benteng yang dibina buat masa sekarang,”katanya.

Kata Adnan, sekiranya benteng sedia ada dapat ditinggikan lagi berkemungkinan masalah banjir di kawasan ini akan sifar selain menggandakan keuntungan kepada pesawah dalam usaha mereka untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi negara.

Seramai 200 petani membabitkan 23 buah kampung dan kawasan tanaman padi seluas 160 hektar mendapat manfaat daripada projek tersebut.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement