Carian  
10 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 SMKBG akan dinamakan semula dengan nama Tan Sri Mohamed Yaacob Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 21 Januari 2010

SMKBG akan dinamakan semula dengan nama Tan Sri Mohamed Yaacob.JPG

Mustapa dalam majlis di SMKBG baru-baru ini

BATU GAJAH 21 JAN 2010  -  Kerajaan bersetuju menamakan semula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Gajah, yang terletak kira-kira 30 Kilometer dari bandar Tanah Merah, dekat sini, dengan nama bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob.

  Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata nama itu diabadikan di sekolah terbabit bagi mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham terhadap kemajuan bidang pendidikan di kawasan berkenaan.

  Beliau berkata, selain itu Allahyarham amat disenangi penduduk kerana sikap kesederhanaannya ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Air Lanas dan ADUN Panglima Bayu dari 1978 hingga 1990 lalu.

  "Berdasarkan ketokohannya itu, kita memikirkan adalah wajar nama beliau dicadangkan untuk diabadikan di SMK Batu Gajah yang ditubuhkan lebih 30 tahun lalu, sebagai tatapan generasi akan datang. 

  "Setakat ini cadangan itu secara prinsip dipersetujui kerajaan dan tindakan susulan akan dilakukan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan," katanya selepas berucap di hadapan kira-kira 1,000 pelajar pada majis perhimpunan pagi SMK Batu Gajah, dekat sini, semalam.

  Mohamed menjadi Menteri Besar dari 1978 dan pemimpin terakhir memegang jawatan itu dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kelantan, sehingga Pas mengambil alih kerajaan Negeri selepas pilihanraya Umum 1990 lalu.
  Beliau juga pernah dilantik memegang jawatan sebagai Yang Dipertuan Dewan Negara dari 1996 hingga 2000 lalu serta aktif dalam pelbagai pertubuhan sukarewalan.

  Beliau meninggal dunia akibat barah paru-paru di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur pada usia 85 tahun September lalu dengan meninggalkan seorang isteri Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad, lima anak termasuk tiga perempuan serta 12 cucu.
  Sementara itu, ibubapa turut menyambut baik langkah menamakan semula SMK Batu Gajah dengan nama bekas Menteri Besar Kelantan itu kerana Allahyarham ialah seorang pemimpin berjiwa rakyat.

   Zulkiflee Talib, 53, berkata pada peringkat awal Allahyarham turut sama terbabit dalam mencadangkan penubuhan SMK Batu Gajah terutama bagi mencari tapak yang sesuai.      

   "Beliau seorang amat mementingkan bidang pendidikan dan kerana itu beliau akan memastikan segala pembangunan bidang berkenaan di kawasan diwakilinya dapat disediakan dan kini agenda sama diteruskan pula oleh tok pa," katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement