
GEMANG 7 APRIL 2007 - UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama PPD Tanah Merah / Jeli dan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jeli menganjurkan Program Sentuhan Bestari bagi pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 sekolah-sekolah Parlimen Jeli. Program ini dilaksanakan lanjutan daripada program kelas tuisyen percuma di Darul Falah yang telah diadakan sejak 11 tahun yang lalu.
Program Sentuhan Bestari adalah ilham Yang Berhormat Dato‘ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli yang cakna dengan masalah pendidikan khususnya penguasaan Bahasa Inggeris dan Matematik.
Program setiap Sabtu ini dibantu oleh tenaga pengajar dari UiTM Cawangan Kelantan. Kelas yang terdiri daripada 25 orang pelajar ini bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari di 3 zon iaitu di Sek Keb Gemang, Sek Keb Batu Melintang, Sek Keb Lubok Bongor dimana setiap zon masing-masing mempunyai 6 kelas.
“Diharapkan progam yang dilaksanakan ini dapat membantu pelajar-pelajar dari Parlimen Jeli untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.” kata Dato‘ Mustapa Mohamed ketika merasmikan Program Sentuhan Bestari peringkat Parlimen Jeli di SK Gemang.
Hampir 1000 orang hadir dalam majlis tersebut yang turut didedahkan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Ahmad Che Kob dan ceramah motivasi oleh Tuan Haji Nik Mat Nik Lias .
Dalam Majlis yang sama Pengerusi FAJAR (Persatuan Anak Jeli di Kuala Lumpur dan Selangor) menerima sejumlah RM225 ribu sumbangan KUTPM dan PTPL bagi menampung keperluan pendidikan di Jeli.