Carian  
12 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Remaja perlu kuasai ilmu urus jenazah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 17 Januari 2010

Remaja perlu kuasai ilmu urus jenazah.jpg

Remaja hari ini dilihat perlu menguasai ilmu menguruskan jenazah

JELI 17 JAN 2010 – Pengurusan jenazah merupakan perkara penting setiap kali berlakunya kematian terutama kepada umat Islam.

Perkara tersebut menjadi fardhu kifayah kepada mereka yang masih hidup untuk mengurus, mengapan seterusnya mengebumikannya.

Kesedaran betapa pentingnya ilmu ini, seharusnya menjadi titik tolak kepada remaja untuk mempelajarinya adalah perlu selain memahami dan mempunyai kekuatan diri dalam menguruskan jenazah.

Remaja, Mohd Azami Mohd Zain, 16, berkata, setiap isi rumah perlu mempelajari dan memahami cara-cara untuk mengu-ruskan jenazah.

“Kefahaman adalah perlu dan perkara paling penting kita ada kekuatan selain tidak takut menghadapi mayat.

Katanya, cara memandi dan membersihkan, mengapan serta mengerjakan sembahyang mayat perlu diketahui semua.

“Ilmu ini cukup berguna kepada sekiranya menghadapi situasi memerlukan terutama apabila ada di antara ahli keluarga yang meninggal dunia,” kata-nya.

Sementara itu, Mohd Hafiz Mohd Borhan, 19, berkata, ilmu pengurusan jenazah yang dipelajari dan dikuasai cukup bererti sekali.

“Ilmu itu memberikan kemampuan menguruskan jenazah sebaik mungkin dengan cara yang betul.

“Pendedahan suasana pengurusan jenazah yang sebenar adalah perkara perlu dan perkara ini merupakan satu peluang baik untuk mendalaminya.

“Generasi muda pada hari ini perlu menguasainya seperti juga dalam menguasai akademik,” katanya.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement