Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Minta Lulus Tapak UMK Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 26 Mac 2007

UMK

JELI 25 MAC 2007 - Kementerian Pengajian Tinggi memohon kerajaan negeri menyegerakan kelulusan tanah seluas 172 hektar bagi pembangunan dua kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

   Menterinya, Dato‘ Mustapa Mohamed , berkata tanah itu membabitkan kawasan tambahan seluas 132 hektar untuk kampus induk di Bachok dan 40 hektar untuk Kampus Jeli.

   Katanya, kementerian memerlukan kawasan seluas 232 hektar berbanding hanya 100 hektar sedia ada bagi pembangunan kampus induk di Bachok.

   Saya sudah menemui Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, baru-baru ini dan memohon disegerakan kelulusan tanah itu.

   "Saya dimaklumkan proses permohonan kelulusan tanah itu berjalan lancar, cuma terpaksa melalui prosedur tertentu seperti penyediaan kertas berkaitan tanah itu dan sebagainya," katanya.

   Beliau memberitahu demikian selepas pelancaran projek melebarkan jalan hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Legeh dan majlis penutup Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, di sini, semalam. 

   Mustapa berkata, kementeriannya berharap tiada sebarang masalah timbul dalam urusan penyediaan tapak dua kampus itu dan kerajaan negeri dapat menyegerakan kelulusan tanah bagi pembangunan UMK di Bachok dan Jeli itu.

   Katanya, tapak kampus sementara UMK di Taman Bendahara dekat Pengkalan Chepa, yang akan beroperasi tidak lama lagi, menelan kos pembangunan RM20 juta.

   "Apabila semuanya dibangunkan kelak, UMK akan mempunyai tiga kampus, sekali gus berupaya memberikan sumbangan kepada kegiatan masyarakat setempat," katanya.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement