Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Wanita cawangan sertai kursus pemantapan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Januari 2010

wanita.JPG

Ahli cawangan yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan.

BUKIT NANGKA – Usaha untuk memantapkan UMNO dibahagian Jeli menerusi Pergerakan Wanitanya terus digerakkan semalam di Kompleks UMNO Bukit Nangka dekat sini.

Hadir merasmikan program tersebut ialah Naib Ketua UMNO bahagian Jeli, Datuk Dr.Azmi Setapa.

Ketua Pergerakan Wanita, Roslinah Mohamed berkata, kursus pemantapan kepimpinan cawangan yang diadakan itu adalah antara usaha kepimpinan untuk memantapkan pergerakan Wanita UMNO di bahagian ini.

Katanya, melalui kursus yang dianjurkan ini, matlamat memantapkan Pergerakan Wanita UMNO dapat dicapai demi kecintaan terhadap Agama, Bangsa dan Negara.

Selain itu, kursus ini juga bertujuan menanam semangat juang yang tinggi ahli-ahli pergerakan peringkat cawangan bagi memastikan UMNO di parlimen Jeli terus menapak kukuh  di bawah kepimpinan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement