Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Permohonan ke IPTA dijangka Lancar Hari Ini Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 19 Mac 2007

KOTA BHARU 18 Mac 2007 – Kesulitan melayari laman web Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuat permohonan secara dalam talian bagi memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijangka dapat diatasi mulai esok apabila laman web kementerian itu mendapat tambahan dua buah lagi pelayan (server).

   Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan statistik, sehingga hari ini bilangan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sudah membuat permohonan ialah 54,695 orang manakala lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula 80,792 orang.

   Kata beliau, sekiranya kesesakan talian yang di luar jangkaan itu masih lagi berlaku sehingga menjejaskan proses permohonan, pihak kementerian bersedia melanjutkan tarikh tutup permohonan ke IPTA.

   "Lepasan SPM dan STPM diminta tidak bimbang dengan perkara ini kerana masa yang mencukupi akan diberikan,” katanya.

   Mustapa berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Bowling Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli di sini hari ini.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement