Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 SKOR bantu MRSM Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 18 Mac 2007

JELI 17 MAC 2007 - SEMINAR Skor A SPM anjuran Unit Pendidikan Berita Harian menerusi sisipan SKOR diakui antara faktor membantu meningkatkan pencapaian Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli dalam peperiksaan berkenaan.


   Sekolah itu mencatat keputusan gred purata maktab 2.075 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu berbanding 2.837 pada 2005.

   Daripada 131 calonnya, 20 memperoleh 9A termasuk lima orang 9 1A, diikuti 16 mendapat 8A, 7A (27), 6A (21), 5A (14), 4A (21), 3A (8) dan 2A (4).

   MRSM Jeli juga mencatat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik apabila semua pelajar memperoleh A.

   Selain program anjuran sekolah, Pengetuanya, Mohamad Ali Mohamed, berkata panduan diperoleh daripada penceramah Seminar Skor A SPM banyak membantu calon menjawab soalan dengan berkesan.

    Katanya, semua calon maktab itu menyertai seminar berkenaan bagi meningkatkan pemahaman.

-Berita Harian-

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement