Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pusat Kajian Kemiskinan UM dinaik Taraf Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 14 Mac 2007

KUALA LUMPUR 14 Mac 2007 - Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan di Universiti Malaya (UM) akan dinaikkan taraf sebagai pusat kajian antarabangsa untuk mencari pendekatan dan idea baru menangani masalah kemiskinan peringkat global.

   Menerusi kajian yang disertai tokoh akademik, penyelidik, badan bukan kerajaan (NGO) dan penyumbang dana, satu pendekatan baru akan diguna pakai, bukan saja di sini tetapi di negara luar, termasuk negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

   Menteri Pengajian Tinggi,
Dato’ Mustapa Mohamed, berkata pihaknya cukup optimis pendekatan itu mampu membantu kerajaan mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar pada 2010.

   Katanya, semua pihak yang terbabit dalam menghasilkan kajian itu akan bersidang setiap tiga bulan sekali untuk membincangkan pelbagai idea baru.

   Ini satu platform yang cukup sesuai kerana ini adalah satu-satunya pusat kajian di Malaysia yang khusus mengenai soal kemiskinan.

   “Idea baru itu bukan saja digunakan di sini, tetapi kita berharap dapat bantu negara lain dan juga negara anggota OIC,” katanya selepas merasmikan Seminar Kemiskinan dan Pembangunan di UM, di sini, semalam.

   Seminar dua hari berakhir semalam itu membabitkan 17 pembentang kertas kerja dan bengkel dengan membincangkan pelbagai isu.

   Pusat kajian itu ditubuhkan pada November 2005 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement