
Mustapa berbual dengan penduduk dalam ziarahnya di DUN Bukit Bunga.
BUKIT BUNGA – Ahli parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed ketika pulang ke parlimen Jeli baru-baru ini memperuntukkan masa bersama penduduk menziarahi kematian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga.
Mustapa pada masa yang sama turut memenuhi undangan majlis perkahwinan di kampung Tok Che Dol bersama Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Abd.Rahim Awang Noh.
Ziarah Datuk Mustapa Mohamed ke parlimen Jeli adalah rutin setiap kali pulang ke parlimennya bairpun sibuk dengan tugas sebagai seorang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Rakyat tidak pernah dilupakan Datuk Mustapa Mohamed walaupun berada di luar negara, perkembangan parlimennya sentiasa diikuti dari semasa ke semasa kerana itulah tugas dan amanah yang diberikan rakyat kepadanya.