Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Iklan Pengambilan disiar di akhbar Utama Ahad Ini Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 10 Mac 2007

dato

IPOH 09 Mac 2007 - Politeknik dan kolej komuniti menyediakan kira-kira 27,000 tempat untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 yang akan menerima keputusan masing-masing Isnin ini, bagi melanjutkan pelajaran peringkat sijil dan diploma.

   Daripada jumlah itu, 21,000 tempat adalah di 20 politeknik manakala selebihnya di 34 kolej komuniti di seluruh negara.

   Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed, berkata iklan pengambilan Julai akan disiarkan oleh akhbar utama Ahad ini dan tarikh tutup kira-kira sebulan manakala keputusan permohonan untuk ke dua institusi pendidikan itu akan dibuat pada 17 Mei.

   "Kerajaan juga akan menambah tujuh lagi politeknik dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan menjelang 2010, pengambilan pelajar politeknik meningkat 42,000 setahun. Kerajaan menyediakan RM1.26 bilion bagi menyediakan infrastruktur dan peralatan bagi tujuh politeknik baru ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Pembelajaran Elektronik Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini, semalam.

   Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Imran Idris, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengarah PUO, Mohamad Jayus Bunasir.

   Katanya, tahun ini, kementerian itu mengambil kira-kira 500 pensyarah baru bagi 34 kolej komuniti dan 20 politeknik seluruh negara.

   Sementara itu bercakap kepada pemberita selepas taklimat peruntukan RMK-9 kementerian itu, di sini, semalam, Mustapa berkata, Kementerian Pengajian Tinggi juga mempunyai kekosongan lebih 6,000 jawatan pensyarah kolej komuniti dan politeknik sehingga 2010.

   Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan projek pembangunan bernilai RM660.3 juta di Perak dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi peruntukan terbesar.

  Beliau berkata, UPSI menerima peruntukan RM460.5 juta bagi membiayai pembinaan kampus baru universiti itu di Behrang Hulu (RM312.4 juta), Dewan Besar dan Panggung Percubaan (RM25 juta) serta Muzium Pendidikan Nasional (RM10 juta).

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement