Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Syarat Baru Layak PTPTN Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 07 Mac 2007

PUTRAJAYA 06 Mac 2007 – Ibu bapa wajib mempunyai simpanan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berkuatkuasa 1 Januari tahun depan sebelum anak mereka layak memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

   Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed hari ini berkata, simpanan wajib adalah sebanyak RM3,000 bagi keluarga yang berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 sebulan.

   Ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan pula wajib menyimpan RM500 manakala mereka yang tidak mampu boleh merayu untuk dikecualikan, katanya.

   Objektif utama dasar itu adalah untuk membolehkan ibu bapa berkongsi bebanan pembiayaan pengajian dengan kerajaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar PTPTN bersama Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengenai pelaksanaan dasar-dasar baru PTPTN.

   Beliau berkata, pengumuman awal itu dibuat bagi membolehkan ibu bapa membuat persediaan berhubung simpanan wajib itu.

-Utusan- 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement