JELI 06 Mac 2007 – Kedudukan tempat Rehat dan Rawat (R&R) Jeli di tepi Lebuh Raya Timur Barat menjadikan kawasan itu mudah dikunjungi oleh pengguna yang menggunakan laluan berkenaan.
R&R itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari Jeli menjadi tumpuan ramai terutama pada musim cuti perayaan seperti Tahun Baru Cina.
Malah, pemandu yang menggunakan lebuh raya itu untuk pulang ke kampung masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di tempat tersebut.
Bagi mereka yang hendak menunaikan solat dan mandi, kamudahan seperti surau serta bilik mandi disediakan di kawasan R&R itu sebelum meneruskan perjalanan.
Sambil berehat, mereka juga boleh menikmati makanan yang dijual disitu dengan harga berpatutan manakala pengunjung berkemanpuan boleh menyewa bilik untuk bermalam di sini.
Rata-rata pengunjung yang di temui Sinar Harian di sini memuji persekitaran kawasan R&R Jeli.
Seorang pengunjung, Ibrahim Mat Hassan berkata, dia berpuas hati dengan kemudahan yang di sediakan di kawasan berkenaan.
Katanya, kawasan letak kereta yang luas serta persekitarannya bersih memberi ketenangan kepada pengunjung ketika beristirehat di sini.
“Bagi yang berkeluarga serta membawa bekalan makanan. Dapat menikmati juadah di atas pentas seni budaya yang baru siap dibina,” katanya.
-Sinar Harian-