Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pinjaman PTPTN untuk pelajar peringkat sarjana Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 06 Mac 2007

KUALA LUMPUR 05 Mac 2007– Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini membuka pinjaman kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

   Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Zulkefli A. Hassan berkata, sebelum ini tabung itu hanya menawarkan pinjaman kepada pelajar bagi program diploma dan ijazah pertama sepenuh masa di semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

   Menurutnya, keputusan itu dipersetujui oleh ahli Lembaga PTPTN yang bermesyuarat minggu lalu.

   Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM500 juta di bawah PTPTN bagi menaja pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana.

   “Kita tidak mahu mana-mana pelajar yang berminat menyambung pengajian mereka terbantut kerana tiada tajaan, PTPTN ambil keputusan untuk taja pengajian mereka,” katanya.

   Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed di majlis Konvokesyen ke-16 Universiti Kolej Binary di sini hari ini.

   Kali terakhir PTPTN menyediakan tajaan pinjaman pengajian bagi program sarjana ialah pada 26 Ogos 2003 melalui peruntukan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebanyak RM40 juta di bawah Program Siswazah Menganggur.

   Zulkefli yang juga ahli lembaga PTPTN berkata, mereka yang berminat mendapatkan pinjaman boleh menghubungi PTPTN untuk mendapatkan penjelasan termasuk peraturan yang perlu dipatuhi.

-Utusan-

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement