
Pelajar sedang mengikuti program Road Relay, semalam
BATU MELINTANG – Seramai 150 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Melintang (SMKBM) dekat sini menyertai program Road Relay.
Program kecegasana larian 500 meter itu merupakan program Rakan Muda Sekolah menerusi Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha mewujudkan pelajar mantap dari segi fizikal dan mental.
Program membabitkan pelajar tingkatan dan pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru sahaja menduduki peperiksaan itu bukan sahaja membina hubungan erat pelajar dan guru tetapi menjana kesinambungan ilmu dalam bidang kemahiran, kepimpinan , kesukarelaan dan keusahawanan menerusi program rakan muda sekolah.
Program sehari itu turut dijayakan pasukan keselamatan seperti Polis dan Rejimen sempadan berdekatan.