
KAMPUNG Air Canal, Jeli, Kelantan menjadi tumpuan 113 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkumpul dan menabur bakti dalam Program Aspirasi Pendidikan Jeli 2006 yang berlangsung pada 11 hingga 15 Mei lalu.
Program selama seminggu ini dianjurkan oleh Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kokurikulum dan Majlis Perwakilan Pelajar Jeli yang juga Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Dato' Mustapa Mohamed.
Ketibaan beliau disambut oleh Naib Canselor datuk Prof. Ir Dr. Mohd Zulkifli dan Sri Mohd Ghazali, pegawai urusetia dan peserta-peserta program.
Dala ucapannya beliau berkata pelajar institut pengajian tinggi perlu aktif dengan mengambil peluang pada waktu cuti semester menjalankan kerja-kerja amal di kawasan luar bandar yang terpencil. ini secara tidak langsung dapat mendekatkan universiti dengan masyrakat.
Beliau berkata dengan kehadiran pelajar UTM ke Jeli, telah membawa sinar baru dan perubahan minda khususnya dalam menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan.
"Saudara-saudari semua adalah sumber inspirasi dan pendorong motivasi yang terbaik kepada ibu bapa dan anak-anak kampung ini"
Menurut Dato' Mustapa Mohamed setakat ini empat buah universiti telah mengadakan program seumpama itu di daerah Jeli.
Menurut beliau lagi, Kampung Air Chanal merupakan kampung yang paling daif dalam daerah Jeli. Jumlah penduduk seramai 1,500 orang dan dibawah pengurusan KESEDAR.
"Dari tahun ke setahun kampung ini telah mendapat kemudahan yang lebih baik antaranya dewan masjid, balairaya, klinik desa dan sebagainya.
Selain itu beliau menyifatkan Negeri Kelantan amat bertuah kerana sebuah universiti akan ditubuhkandi negeri ini iaitu Universiti Darul Naim.
"Agaknya dah tuah ambo jadi Menteri pengajian Tinggi", katanya berseloroh dalam loghat Kelantan kepada penduduk kampung yang hadir pada perasmian tersebut.
Datuk Naib Canselor dalam ucapan aluannya berkata program itu merupakan kali pertama dianjurkan disini dan diadakan secara besar-besaran.
"Melalui program ini, secara tak langsung UTM turut membantu usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan.
"Kita ingin melahirkan mahasiswa yang berketrampilan, sahsiah dan jati diri yang cemerlang sebagai pewaris kepimpinan generasi akan datang.
Beliau turut mengingatkan pelajar supayatidak lupa asal usul mereka yang datang dari kampung dan berharap perasaan kasih sayang dapat dipupuk disamping menggunakan peluang ini untuk merasai pengalaman hidup di kampung bersama ibu bapa angkat masing-masing.
Selepas perasmian dato' Mustapa Mohamed dibawa melawat ke Pameran Kecemerlangan UTM sebelum menikmati jamuan makan tengahari.