Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Formula Rapatkan Bilangan Pelajar Lelaki, Perempuan di IPT dicari Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 03 Mac 2007

KOTA BHARU 3 Mac 2007 – Kementerian Pengajian Tinggi kini mencari formula untuk merapatkan semula jurang perbezaan jumlah pelajar perempuan dan lelaki di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

   Menterinya, Dato’ Mustapa Mohamed berkata, kementerian sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu dan akan mengambil langkah segera mengatasinya berikutan kebanyakan IPT di seluruh negara kini didominasi pelajar perempuan.

   Di beberapa universiti, rationya ada yang 70-30, iaitu 70 peratus pelajar wanita berbanding hanya 30 peratus pelajar lelaki.

   “Mungkin untuk menjadikannya kepada ratio 50-50 tidak berapa sesuai, jadi untuk sesi pengambilan pelajar baru ini, kita akan cari jalan dan ubahsuai jumlah pengambilan pelajar mengikut keperluan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

   Beliau berkata bagaimanapun pengambilan pelajar ke IPT masih berdasarkan sistem merit dan hanya mereka yang benar-benar layak akan dipilih.

   “Kita ada kira-kira 20 universiti di seluruh negara, termasuk dua buah universiti baru yang akan memulakan sesi pengajian tahun ini iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” katanya.

   Terdahulu, Mustapa mendengar taklimat mengenai perkembangan pembinaan salah sebuah kampus sementara UMK di Taman Bendahara, di sini yang dijangka siap sepenuhnya awal Jun ini.

   Kampus bernilai RM21 juta yang turut menempatkan asrama serta bilik kuliah itu sedia digunakan kumpulan pertama 400 pelajar yang akan memulakan pengajian mereka Julai ini.

   Kampus sementara di Taman Bendahara dan di Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) akan digunakan sementara kampus utama di Bachok dan Jeli siap, katanya.

   Buat permulaan, tiga kursus ditawarkan di kampus berkenaan iaitu Perniagaan dan Keusahawanan, Agroindustri dan Sumber Asli serta Teknologi Kreatif dan Warisan.

   Kampus sementara itu juga akan menematkan pusat bahasa untuk menggalakkan pelajar menguasai bahasa asing terutama bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin.

-Utusan-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement