Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Puteri UMNO Jeli Banci Penduduk Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 26 Februari 2007

Jeli 26 Feb 2007 – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli mengorak langkah lebih dinamik untuk membantu pembangunan sosial masyarakat di sekitar Parlimen berkenaan.

   Pergerakan Puteri UMNO bahagian tersebut menjalinkan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan HeiTech Padu Berhad (HeiTech), dalam usaha mengumpul data mengenai taraf Sosio-Ekonomi penduduk kawasan Parlimen Jeli.

   Ketua Pergerakan Puteri, Nurwahida Patuan, berkata kerjasama itu merupakan satu kesinambungan mereka menggembleng tenaga untuk memastikan pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan itu berjalan serentak.

   “Puteri UMNO Jeli sentiasa melihat kerjasama dengan UPM dan HeiTech ini sebagai usaha murni membabitkan tiga pihak dalam mengumpul data mengenai taraf Sosio-Ekonomi penduduk di kawasan ini,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jeli, dekat Bukit Bunga.

   Jelas beliau lagi, tujuan utama pengumpulan data berkenaan adalah untuk melancarkan lagi pelaksanaan pembangunan penduduk di kawasan tersebut.

   “Di samping itu juga, berdasarkan bancian ini kita mampu untuk menyeragamkan data dan maklumat agar segala bentuk bantuan dapat diagih sama rata dan adil kepada semua pihak,” kata Nurwahida.

   Seramai 33 orang Ahli Pergerakan Puteri terlibat dalam proses bancian itu yang bermula sejak awal bulan Februari ini dan dijangka berakhir menjelang Mei.

   Sejumlah hampir 10,000 rumah akan terlibat dalam program bancian itu dan segala maklumat yang dikumpulkan akan dipastikan setiap ketepatannya,” jelas beliau lagi.

   Hasil daripada kajian yang diperolehi itu akan diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya oleh UMNO Bahagian Jeli dan Dato’ Mustapa Mohamed sendiri sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement