Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Program Khidmat Masyarakat Buka Minda Graduan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 22 Februari 2007

JELI 22 Feb 2007 -  Segulung ijazah tiada makna jika graduan yang dilahirkan kurang peka terhadap permasalahan masyarakat persekitarannya, kata Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed.

   Beliau berkata, wawasan untuk menjadi negara maju memerlukan graduan negara ini berketrampilan dan mempunyai jati diri serta prihatin terhadap kehidupan masyarakat sekeliling.

   Sehubungan itu, katanya, program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh universiti dianggap latihan berguna kepada graduan untuk menghadapi cabaran yang serba kompetitif.

   Program ini memang sudah dilaksanakan sepanjang masa tetapi kita mahu ia diperhebatkan lagi secara bersepadu dan menyeluruh terutama di kawasan luar bandar.

   "Berikutan itu, tiga bulan lalu, saya mengadakan pertemuan dengan semua Naib Canselor daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memaklumkan hasrat mengatur program khidmat masyarakat dengan lebih berkesan," katanya.

   Beliau berkata demikian pada program sehari bersama 30 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang dengan penduduk di Kampung Sungai Satan, dekat sini, semalam.

   Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli, berkata kehidupan dan permasalahan yang dihadapi masyarakat luar bandar berbeza dengan masyarakat di bandar dalam pelbagai aspek.

   Beliau berkata, masyarakat luar bandar amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar terutama membabitkan bidang pendidikan dan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.

   Mahasiswa perlu kepelbagaian kebolehan sejajar dengan hasrat melahirkan graduan serba lengkap. Pada masa yang sama, mahasiswa boleh menimba ilmu dan pengalaman baru bagi memantapkan jati diri dan mampu berdaya saing sebagai persediaan menempuhi alam pekerjaan kelak.

   "Interaksi membabitkan mahasiswa dengan masyarakat luar bandar itu dapat dimanfaatkan secara dua hala sekali gus menyokong aspirasi kerajaan memajukan masyarakat berkenaan," katanya.

-Berita Harian- 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement