Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kem Kesihatan HUKM Dapat Sambutan Baik Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 21 Februari 2007

tok_pa.gif

KOTA BHARU 21 Feb 2007 - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sentiasa komited terhadap usaha membaiki sistem penyampaian agar semua penduduk termasuk di luar bandar menikmati kemudahan kesihatan yang berkualiti.

   Langkah itu selaras aspirasi kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara mempunyai penduduk yang mengutamakan kesihatan, sekali gus menyumbang terhadap pembangunan sejagat.

   Menyedari hakikat itu, 70 warga HUSM iaitu doktor pakar, pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan lain menyertai program Kem Kesihatan Bersama Masyarakat di Kampung Kalai, Jeli, baru-baru ini.

   Pengarah HUSM, Zaidon Kamari, berkata setakat ini program sama sudah dijalankan di Kampung Tok Che Dol dan Kampung Chedok dalam kawasan Parlimen Jeli, akhir tahun lalu.

   Beliau berkata, program yang memberi perkhidmatan secara percuma di Jeli itu diadakan pada Sabtu minggu ketiga setiap bulan.

   Katanya, hampir keseluruhan perkhidmatan kesihatan yang ada di HUSM dibawa menerusi program kem kesihatan bersama masyarakat di kampung berkenaan.

   Ini termasuk rawatan dan pemeriksaan bagi penyakit kronik, telinga, mata, hidung, gigi dan aktiviti derma darah serta lawatan ke rumah.

   "Saya berharap masyarakat setempat mengambil peluang mengunjungi Kem Kesihatan HUSM bagi mendapatkan rawatan secara percuma termasuk daripada doktor pakar.

   "Lazimnya, seseorang yang ingin mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor pakar di klinik atau hospital perlu mengambil masa dua bulan tetapi menerusi program kem kesihatan, kita boleh berjumpa mereka dalam tempoh sehari," katanya.

   Zaidon berkata, kira-kira 2,500 kakitangan HUSM terbabit dalam menjayakan program itu secara bergilir.

   Katanya, warga HUSM akan berusaha menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan terbaik serta terkini bagi dinikmati penduduk Jeli, sekali gus menyuntik semangat untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan cemerlang kepada semua lapisan masyarakat.

   "Kita tidak pernah jemu datang ke Jeli kerana sambutan masyarakat terhadap dua program dijalankan sebelum ini yang tampil mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan mencapai 1000 penduduk.

   "Lebih menggembirakan kami melihat penduduk kampung mengunjungi kem kesihatan yang diadakan pada tengah hari dan petang, sebaik pulang dari kebun atau menoreh," katanya.

   Penduduk, Che Omar Daud, 60, berkata program seumpama itu penting bagi memberi rawatan dan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan terutama kepada penduduk di luar bandar.

   Penduduk seperti kami yang tinggal jauh di pedalaman Jeli tidak mungkin berpeluang mendapatkan rawatan dan pemeriksaan sebegini pada hari biasa.

   "Bagaimanapun, menerusi kem kesihatan ini, saya berpeluang menemui dua doktor pakar yang menjalankan pemeriksaan terhadap kesihatan diri. Saya memang berpuas hati," katanya yang menghidap penyakit darah tinggi.

   Suri rumah, Rodiah Mat, 64, pula menyifatkan program ilham Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed, itu membuktikan keprihatinan seorang pemimpin dalam usaha memastikan rakyat tanpa mengira lapisan menerima perkhidmatan kesihatan berkualiti.

   Sehubungan itu, katanya, program kem kesihatan HUSM bersama masyarakat yang diadakan pada Sabtu minggu ketiga setiap bulan wajar dimanfaatkan penduduk pada setiap kawasan terbabit.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement