Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pelajar miskin dikecuali syarat minimum SSPN Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 17 Februari 2007

KUALA LUMPUR 17 Feb 2007 -  Hanya anak ibu bapa dan penjaga miskin saja boleh dikecualikan daripada syarat minimum menabung RM500 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

   Menteri Pengajian Tinggi,  Dato’ Mustapa Mohamed, berkata PTPTN sedia memberi kelonggaran bagi kes seperti itu, jika terbukti keluarga pelajar terbabit kesempitan hidup.

   “Bagi mereka yang benar-benar miskin, tidak dapat menabung minimum sebanyak RM500 sudah tentu kita akan beri pertimbangan. Paling penting kita berikan akses pendidikan,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Program Fakulti Perdagangan antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Standard Chartered Bank Malaysia Bhd di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dekat sini, semalam.

   Beliau ditanya mengenai kemungkinan ada ibu bapa yang bergaji kecil atau yang lebih RM2,000, tetapi tinggal di bandar besar serta mempunyai ramai tanggungan, mungkin tidak dapat membuat tabungan dalam SSPN, hingga boleh menjejaskan peluang anak mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

   Mustapa dalam kenyataannya kelmarin, berkata ibu bapa atau penjaga disyaratkan mempunyai simpanan wajib dalam SSPN sebelum anak mereka layak untuk memohon pinjaman PTPTN, mulai 1 Januari tahun depan.

   Menerusi syarat baru berkenaan, keluarga yang berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 mesti mempunyai simpanan RM3,000 dalam SSPN, manakala yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan sebanyak RM500, yang bertujuan membabitkan penyertaan langsung ibu bapa atau penjaga terutama masyarakat Melayu, dalam pembiayaan pengajian anak.

   Mustapa berkata, wang yang disimpan dalam SSPN tidak akan dijadikan cagaran atau dipotong bagi membayar balik pinjaman kerana skim berkenaan bertujuan menggalak dan menyemai budaya menabung bagi tujuan pendidikan di kalangan ibu bapa atau penjaga.

   Sejak diperkenalkan pada 2004, SSPN berjaya mengumpul RM20 juta yang mana RM14 juta dikutip enam bulan lalu, hasil usaha lebih agresif termasuk membuka kaunter di tempat awam. Syarat baru yang dikenakan kepada peminjam PTPTN meningkatkan lagi tabungan bagi tujuan pendidikan berkenaan.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement