Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Simpanan SSPN Syarat Wajib Mohon PTPTN Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 16 Februari 2007

KUALA LUMPUR 16 Feb 2007 -  Mulai 1 Januari tahun depan, ibu bapa atau penjaga disyaratkan mempunyai simpanan wajib dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebelum anak mereka layak memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

   Menerusi syarat baru itu, keluarga berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 mesti mempunyai simpanan RM3,000 dalam SSPN, manakala berpendapatan kurang RM2,000 sebulan sebanyak RM500.

   Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed, berkata syarat itu bertujuan membabitkan penyertaan langsung ibu bapa atau penjaga dalam pembiayaan pengajian anak.

   Ibu bapa atau penjaga juga dikehendaki menjadi penjamin supaya mereka bertanggungjawab terhadap anak-anak, sama ada daripada aspek pengajian atau bayaran balik pinjaman.

   Sekiranya anak mereka gagal menjelaskan pinjaman seperti yang ditetapkan, PTPTN sebagai pemberi pinjaman, akan menghubungi ibu bapa atau penjaga untuk diambil tindakan sewajarnya.

   “Mana-mana peminjam tegar yang disenarai hitam sehingga ke peringkat dibawa ke mahkamah, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap peminjam atau penjamin dengan mengenakan kadar kos pentadbiran yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

   Mustapa turut mengumumkan kadar pinjaman maksimum untuk pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM30,000 setahun, manakala peringkat diploma di IPTS daripada RM5,000 kepada RM8,000 setahun.

   Beliau berkata, PTPTN juga memperluaskan skop pinjaman sedia ada kepada pengajian peringkat Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) dan beberapa kursus peringkat profesional.

   Semua perubahan itu akan dilaksanakan untuk pelajar baru yang memulakan pengajian pada atau selepas 1 Mac ini.

   Selain itu, PTPTN akan membuat kajian kadar yuran yang terlalu tinggi, berbanding pendapatan yang bakal diterima peminjam bagi menyesuaikan antara keperluan bayaran balik pinjaman berbanding pendapatan pelajar apabila bekerja nanti supaya tidak dibebankan dengan hutang yang banyak.

   Beliau memberi contoh, seorang pelajar diploma kejururawatan di IPTS perlu menjelaskan pinjaman antara RM300 hingga RM400 sebulan untuk tempoh 20 tahun bagi pinjaman antara RM40,00 hingga RM60,000 sehingga tamat pinjaman.

   Secara perbandingan, jumlah pinjaman pelajar yang mengikuti kursus diploma biasa di IPTS adalah antara RM15,000 hingga RM25,000 manakala jumlah bayaran balik pula antara RM100 hingga RM150 sebulan bagi tempoh 10 tahun.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement