Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Menteri Lawat Haris Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 18 Februari 2007

KOTA BHARU 18 Feb 2007 -  Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk melawat jurugambar The New Straits Times Press (NSTP), Haris Fadzlilah Ibrahim, dan isterinya Mona Ahmad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), semalam.


   Mustapha yang diiringi Pengarah HUSM, Dr Zaidon Kamari dan Ketua Biro Berita Harian Kelantan, Ismail Mat diberi penerangan mengenai perkembangan terkini pasangan terbabit oleh Dr Nasir Wahab dan Dr Zairuddin Abdullah Zawawi.

   Bapa Haris, Ibrahim Ismail, 72, berkata dia bersyukur kerana anaknya yang koma akibat kemalangan jalan raya enam hari lalu, kini mulai sedar dan makan bubur nasi, kelmarin.

   Malah, alat bantuan yang dipasangkan kepadanya sudah ditanggalkan bagi membolehkannya bernafas sendiri ketika mendapat rawatan di HUSM, Kubang Kerian, dekat sini.

   “Meskipun keadaannya masih lemah dalam unit rawatan rapi, saya bersyukur, kerana hasil rawatan dan pengawasan rapi pakar dan petugas HUSM serta doa semua pihak, Haris cepat menunjukkan perubahan positif,” katanya.

   Khabar mengenai perubahan positif pada Haris paling menggembirakan Mona, yang pantas bergenang air mata apabila dimaklumkan mengenai perkembangan suaminya.

   Ini kerana, sejak kemalangan kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu, Mona yang dimasukkan ke HUSM kerana cedera parah di kaki, tangan dan leher, belum berpeluang melihat keadaan suaminya yang koma.

   Mona yang juga wartawan Berita Harian menjalani pembedahan pemasangan plet besi dan skru pada paha dan tangannya serta lututnya yang patah akibat kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, Merapoh, Pahang.

   Bahagian kepala Mona pula dipasang alat sokongan bagi membantu pemulihan satu tulang bahagian lehernya yang patah akibat terhentak ketika kemalangan itu.

   Kemalangan berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan kembali ke Kota Bharu dari Kajang, Selangor, sebelum kenderaan pacuan empat roda dipandu Haris bertembung kereta dinaiki tiga pemuda itu yang terbabas memasuki laluannya.

 -Harian Metro-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement