Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 KRT Batu 11 Lancar SRS Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 14 Februari 2007

BATU 11 14 Feb 2007 – Penduduk di Batu 11 melakar sejarah tersendiri apabila Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dilancarkan semalam.

   SRS KRT Batu 11 mula ditubuhkan Julai tahun lalu yang meliputi beberapa jabatan seperti Balai Polis Batu Gajah, Kem 301 Askar Wataniah, Pejabat Haiwan dan penduduk Kampung Batu 11.

   Menurut Pengerusi KRT, Abdullah Yusof, Rukun Tetangga kawasan itu termasuk Kampung Batu 11, Air Asahan dan Perumahan JPN yang ditubuhkan sejak 1997.

   “Kami berharap dengan adanya SRS kawalan keselamatan sentiasa terkawal daripada anasir yang negetif,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

   Tambahnya, sempena pelancaran SRS yang dirasmikan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritenden Anuar Mohammad, penduduk sepakat mengadakan majlis memasak bubur Asyura.

   “Ini merupakan program agak besar yang menghimpunkan semua ahli KRT dan anggota SRS dan dianggap sebagai pembuka tirai kepada program yang akan datang sepanjang tahun ini,” katanya.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement