
Mustapa bersama ketua dan wkail jabatan menyertai majlis tahlil yang di adakan.
BUKIT NANGKA 31 OGOS 2009 – Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, UMNO bahagian Jeli turut tidak melupakan jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang UMNO di bahagian ini.
Majlis berbuka puasa yang diadakan pada Sabtu lalu turut tidak ketinggalan mengadakan majlis tahlil kepada mereka terutama kepada arwah bekas naib ketua UMNO bahagian, Mustafa Musa dan pemimpin-pemimpin sebelum ini.
Ahli parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed dalam ucapannya, berterima kasih kepada semua pihak yang hadir menjayakan majlis berbuka ini.
Katanya, kedatangan Ramadhan dan kemerdekaan negara ke-52 ini perlu di hayati rakyat untuk mengukuhkan perpaduana di bulan mulia ini.
“Rapatkan hubungan, kukuhkan perpaduan,”katanya kepada penduduk-penduduk yang hadir.