Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 MARA Mahu 2,000 Pelajar ke Luar Negara Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 13 Februari 2007

JELI 13 Feb 2007 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memohon supaya kerajaan menambah kuota penghantaran pelajar tajaanya ke luar negara sehingga 100 peratus daripada 1,000 kepada 2,000 orang pada tahun ini.

   Ketua Pengarah MARA, Datuk Zamani Md Nor, dilaporkan berkata, perkembangan semasa berikutan jumlah pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan meningkat setiap tahun.

   Beliau berkata, ketika ini MARA memproses permohonan 14,000 pelajar yang memohon tajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.

   Bagaimanapun, hanya 1,000 pelajar akan ditaja ke luar negara kerana kuota yang kekal sejak bertahun lalu. Berikutan itu, kita minta sokongan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kuota ini sebanyak 100 peratus.

   “Daripada 14,000 permohonan yang diterima, ketika ini kita hanya dapat hantar 1,000 pelajar. Kalau 13,000 itu turut layak, kita tidak dapat tambah peluang itu,” katanya.

   Zamani memberi jaminan pelajar yang cemerlang pasti mendapat tajaan daripada agensi itu untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, manakala yang lain mungkin ditawarkan tempat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

   Mengulas permohonan MARA itu, Mustapa mengakui kuota 1,000 pelajar sudah lama sedangkan kecenderungan pelajar ke luar negara terus meningkat.

   Beliau berkata, kebenaran untuk MARA menambahkan kuota pelajar tajaannya keluar negara memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan kerana membabitkan faktor pembiayaan.

   Dalam usaha menghantar pelajar cemerlang ke luar negara, katanya, pada masa sama kerajaan menetapkan dasar mahu sebahagian daripada mereka kekal belajar di IPTA atau IPTS tempatan.

   “Namun masa sama, kita tidak mahu berikutan penghantaran semua pelajar cemerlang ke luar negara, institusi dalam negara pula ketandusan pelajar cemerlang,” katanya.

    Mustapa berkata, dua aspek utama iaitu kenaikan yuran setiap tahun serta kos sara hidup memberi tekanan kepada kerajaan dalam menghantar pelajar ke luar negara.

   “Hakikatnya, peruntukan kerajaan untuk membiayai pelajar kita di luar negara bertambah setiap tahun kerana pengaruh kos yang dihadapi walaupun jumlah pelajarnya tidak berubah,” katanya. 

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement