JELI 13 Feb 2007 – Kerajaan menjangkakan kira-kira 31,000 graduan Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) dilahirkan 48 Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed , berkata kelahiran siswazah itu selaras keperluan permintaan sumber manusia ICT yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
“Kerajaan menjangkakan bilangan tenaga kerja ICT meningkatkan pada kadar 10.4 peratus setahun atau seramai 300,000 menjelang 2010,” katanya.
Teks ucapan dibacakan Setiausaha Politiknya, Mat Abu Hamat.
Mustapa berkata, permintaan terhadap pekerja ICT berkualiti tinggi, berkemahiran dan kreatif akan meningkat ketara dalam tempoh terdekat ini.
Sehubungan itu, katanya kerajaan akan meningkatkan penggunaan teknologi sedia ada selain mengekalkan daya saing industri ICT negara di pasaran global.
Katanya, pusat paling strategik dalam usaha menyebar luas penggunaan dan pengetahuan teknologi ICT seharus bermula pada peringkat awal pendidikan.
-Sinar Harian-