Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 10 pelajar UTM ke Harvard Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 10 Februari 2007

PUTRAJAYA 10 Feb 2007- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatat sejarah selepas terpilih sebagai universiti tempatan pertama menyertai program pertukaran pelajar anjuran Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) bersama lima universiti terkemuka Asia lain.

   Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed, berkata 10 pelajar UTM akan menyertai program Harvard College in Asia Project (HCAP) 2007 selama seminggu bermula Isnin ini.

   Katanya, UTM dipilih menyertai Universiti Hong Kong, Singapore National University, Universiti Tokyo dan Kolej St Xaviers, India dalam program tahunan bermula 2003.

   Beliau berkata, pelajar UTM dan universiti Asia lain itu akan menyertai seminar dan perdebatan dengan pelajar Harvard University mengenai isu pengupayaan wanita, alam sekitar dan polisi luar AS.

   Ada berpuluh-puluh universiti terkemuka di Asia dan Harvard memilih lima universiti termasuk buat pertama kali UTM untuk menyertai program berprestij ini.

   Ini menggambarkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti tempatan setaraf dengan standard antarabangsa dan ini penting dalam era globalisasi kerana graduan kita akan diterima bekerja di negara lain.

   "Penyertaan universiti tempatan dalam program itu juga sangat penting untuk menjalin hubungan jangka panjang dengan universiti terkemuka dunia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera kepada Peserta HCAP 2007 di sini semalam.

   Hadir sama Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Ghazali dan Atase Kebudayaan Kedutaan Amerika Syarikat, Majorie Harison.

   Delegasi UTM diketuai Nur Aqilah Murid akan berlepas ke Boston hari ini.

   Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, UTM akan menerima 20 pelajar Harvard sebagai timbal balik program berkenaan bermula akhir bulan depan.

-Berita Harian-

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement