Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Bumiputera Masuk IPTA Kian Bertambah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 12 Februari 2007

JELI 12 Feb 2007 – Pelaksanaan sistem meritokrasi dalam pemilihan pelajar terutama Bumiputera memasuki Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dilaksanakan sejak sessi 2002/2003 didapati meningkatkan berbanding kaum lain.

   Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed, berkata keadaan itu menyaksikan pelajar Bumiputera kini merangkumi 62 peratus tempat di universiti awam berbanding kuota 55 peratus yang ditetapkan sebelum meritokrasi.

   Isu meritokrasi tidak perlu dibangkitkan sebaliknya tumpuan harus diberikan kepada usaha meningkatkan kualiti pelajar Bumiputera yang diakui masih kurang memuaskan.

   “Ketika ini ada kecenderungan beberapa pihak yang meletakkan kelemahan pelajar Bumiputera terhadap kerajaan semata-mata, sedangkan isu itu perlu ditangani bersama,” katanya.

   Isunya sekarang ialah kualiti pelajar Bumiputera itu sendiri. Kerajaan dah buat macam-macam. Janganlah nak salahkan dasar kerajaan… nak salahkan meritokrasi. Kita ni (pihak tertentu) sekarang cenderung meletakkan semua kesalahan pada karajaan.

   Pelajar Melayu sendiri kena bina daya tahan dan bekerja kuat. Jangan selalu berharap duduk saja-saja kemudian benda datang bergolek. Kena ada semangat dan komitmen. Semua pihak kena main peranan.

   “Kalau bangsa lain boleh berjaya kenapa tidak pelajar kita… jangan 100 peratus salahkan kerajaan… ini tidak adil,” katanya.

-Sinar Harian-

 

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement