Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 EES Berjaya Tingkat Bahasa Inggeris Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 12 Februari 2007

batu melintang

BATU MELINTANG 12 Feb 2007 - Program Bahasa Inggeris berbantukan komputer (EES) yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Jeli, kira-kira setahun lalu berjaya mencapai matlamat melihat pelajar mampu menguasai bahasa kedua itu.

   Hari ini, majlis penyerahan 42 lesen pengguna program berkenaan oleh Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Jeli,  YB Dato’ Mustapa Mohamed telah disempurnakan di sekolah berkenaan.

   Ketika berucap, Dato ' Pa bangga kerana SK Batu Melintang Jeli adalah sekolah pertama di Malaysia melaksanakan program EES tersebut yang diperkenalkan oleh HeiTech Padu Berhad (HeiTech).  HeiTech juga banyak terlibat mejayakan projek ICT kerajaan di seluruh negara termasuk projek sekolah bestari.

   Turut hadir Pengarah Urusan HeiTech Padu Berhad, Harris Ismail dan ketua jabatan kerajaan negeri dan pusat.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement