
Hasnah (kedua kanan) mengajar Al-Quran lebih 20 anak mukim di kampungnya
TOK CHE DOL 03 JULAI 2009 – Guru Al-Quran berperanan besar dalam kehidupan masyarakat dari dulu hinggalah kini.
Di parlimen Jeli lebih daripada 100 guru Al-Quran dan mubaligh menjalankan tuga sini di bawah pengurusan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan.
Tugas, amanah dan tanggungjawab yang di pikul dalam mentarbiah masyarakat sentiasa mendapat perhatian dan peranan mereka membentuk masyarakat berilmu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah cukup ditekankan.
Bagi Hasnah Minal, 55, yang paling ramai mengkhatamkan anak-anak di parlimen Jeli berkata, peranan guru Al-Quran cukup besar.
Di parlimen Jeli, ahli parlimennya,Datuk Mustapa Mohamed cukup berkomitmen dan bersemangat dalam pembangunan rohani dan dakwah.
Katanya, selaku kepimpinan di parlimen ini, peranan kami sebagai penghubung masyarakat cukup di hargai oleh kepimpinan Jeli yang ingin melihat masyarakatnya berbudi pekerti mulia.