
Ahmad Fadzil (kedua kiri) bergambar selepas mengadakan mesyuarat di R&R Gemang
GEMANG 03 JULAI 2009 – Satu karnival keushawanan wanita akan di adakan di R & R Gemang anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 19 Julai ini.
Pengarah MPC Wilayah Timur, Nik Mustafa Raja Salleh berkata, karnival tersebut merupakan usaha untuk memperkenalkan fungsi dan peranan MPC di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) kepada masyarakat di parlimen ini.
Katanya, karnival itu juga merupakan ‘pendidikan’ kepada usahawan-usahawan wanita di parlimen ini untuk berjaya dalam perniagaan.
Sempena majlis itu pelbagai program akan di jalankan antaranya pertadingan mewarna, memasak dan lain-lain lagi acara.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah MPC, Ahmad Fadzil Mahmud.