Carian  
11 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Amal Dan Hayati Budaya Tegur Menegur Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 02 Julai 2009

budaya tegur menegur.JPG

Ketua-ketua masyarakat yang hadir berdialog dengan ketua polis, semalam

BATU MELINTANG 02 JULAI 2009 – “Kerukunan dan kedamaian hidup akanlebih bermakna sekiranya masyarakat mengamal dan menghayati budaya tegur menegur,”kata Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritenden Muhamad Hanifah Ab.Malik.

Mengamalkan budaya yang kian luntur itu akan mengembalikan semula keseimbangan hidup dalam masyarakat

Menurutnya, budaya tegur menegur membetulkan kesalahan perlu diwujudkan ke arah kehidupan lebih aman damai dan harmoni.

“Kurangnya budaya berkenaan dalam masyarakat pada hari ini menjadikan sikap tidak mempeduli antara satu sama lain kian menjadi-jadi.

“Budaya ini perlu di hidupkan kembali dan sekiranya di laksanakan maka kesannya cukup besar dalam kehidupan bermasyarakat,”katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dan dialog Ketua Polis daerah bersama ketua-ketua masyarakat di kampung Batu Melintang.

Majlis anjuran Balai Polis Batu Melintang itu di hadiri lebih 40 orang ketua-ketua masyarakat dan balai berkenaan merupakan destinasi kedua selepas balai polis Ayer Lanas.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement