Carian  
10 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Penduduk Gembira Dapat Kemudahan Padang Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 02 Julai 2009

IMG_7335.JPG

Dato` Mustapa Mohamed (ke empat kanan) bergambar bersama penduduk

KELISAR 02 JULAI 2009 – Penduduk-penduduk dekat sini bertuah apabila seorang dermawan telah membeli 0.8 hektar tanah yang akan di gunakan untuk kemudahan penduduk beriadah.

Ketua Cawangan, YB. Dato`Mustapa Mohamed berkata, kemudahan padang itu nanti akan menghidupkan kemeriahan di kampung ini.

Menurutnya, pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan hubungan penduduk akan dapat di gembeleng.

“Kerja-kerja pembersihan telah pun di lakukan bagi meningkatkan lagi keindahan kawasan tersebut.

“Gerakan pembinaan kemudahan yang terancang akan di bina selepas ini,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat UMNO cawangan.

Sementara itu, penduduk, Mohamd Rafiai Seman, berkata, kemudahan tersebut cukup bermakna kepada penduduk di sini.

“Pihak kita merancang mendirikan padang permainan kanak-kanak dan sebuah padang futsal untuk kemudahan penduduk terutama belia-belia di kawasan ini.

“Pada masa yang sama, ianya turut bermanfaat ke arah menyedarkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk,”katanya.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement