Carian  
12 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 50 Terima Ternakan Ayam Kacukan Bumi Hijau Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Julai 2009

P1200145.jpg

Nik Badrol Hisham, Pembantu Veteriner Kanan, Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) Jeli

JELI  01 JULAI 2009 – Seramai 50 penduduk yang terpilih menjalankan projek ternakan ayam kampung kacukan melalui program bumi hijau di parlimen ini dekat sini, semalam menerima 25 ekor anak ayam berkenaan setiap seorang.

Pembantu Veteriner Kanan, Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) Jeli, Nik Badrol Hisham Nik Jaafar berkata, pemberian ayam kacukan berkenaan membabitkan tiga DUN di parlimen ini iaitu Kuala Balah, Ayer Lanas dan Bukit Bunga.

Menurutnya, setiap peserta turut di berikan bantuan bekalan makanan, bekas air, ubat bagi membolehkan proses penternakan pada peringkat awal ini lebih mudah.

“Program Bumi Hijau ini merupakan peringkat ketiga di mana peringkat permulaan seramai 18 peserta telah menerimanya dan ikuti 150 peserta pada peringkat kedua sebelum ini,”katanya.

Perlaksanaan program berkenaan membabitkan pelbagai peringkat umur dan golongan berpendapatan rendah itu merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah selain memberikan pengalaman untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk.

Sementara itu, peserta, Mohd Rizal Mohd, 28, berkata, dia bersykur dan berterima kasih kerana berpeluang menjadi salah seorang peserta di bawah program ini.

“Usaha kerajaan membantu golongan kami ini merupakan langkah terbaik untuk kami mengembangkan projek ternakan ini.

“Saya yakin dan percaya bahawa sekiranya peserta berkomitmen dan bersemangat, penternakan adalah kaedah terbaik bagi menambah pendapatan.

Katanya, bidang penternakan mampu berkembang baik sekiranya berkemahuan dan berkeinginan.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement