Carian  
12 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Giatkan Tambah Dan Daftar Ahli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Julai 2009

IMG_7328.JPG

Mustapa (kiri) menyampaikan hadih cabutan bertuah dalam majlis berkenaan

KELISAR 01 JULAI 2009– Kepimpinan UMNO peringkat cawangan dan bahagian di minta mengatur strategi memikat lebih ramai golongan muda untuk menyertai UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kempen penambahan ahli bagi memperkukuhkan UMNO di bahagian in perlu ditingkatkan seterusnya memastikan mendaftar sebagai pemilih.

Menurutnya, usaha penambahan tersebut perlu di pergiat sebaik mungkin bagi memastikan kita benar-benar bersedia dari segi jentera, komitmen dan kesetiaan kepada parti di kalangan ahli-ahli.

“Peringkat akar umbi (cawangan) terutamanya perlu menggerakkan usaha secara serius dalam perkara ini.

“Dekatkan diri dengan golongan muda terutamanya untuk menarik minat mereka menyertai UMNO,’kata Mustapa yang juga Ketua UMNO cawangan Kelisar.

Lebih 100 ahli UMNO hadir pada mesyuarat berkenaan yang di adakan di dewan orang ramai.

Hadir bersama  ke majlis ialah isteri beliau, Datin Khamarzan Ahmed Meah.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement