Carian  
12 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 17 Kelompok Penternakan Tunjuk Perkembangan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 30 Jun 2009

Kambing kuala balah (26).jpg

Peserta Ternakan Kambing Berkelompok Kuala Balah Meninjau Ternakan Mereka.

PARLIMEN JELI – 10 kelompok ayam kampong kacukan dan 7 kelompok kambing di parlimen ini telah menunjukkan perkembangan positif setelah beberapa bulan dilaksanakan.

Ketua kelompok kambing Bechah Pulau, Adanan bin Ibrahim berkata, walaupun terdapat beberapa masalah kecil pada peringkat awal namun projek berkenaan berjalan lancar.

Menurutnya, projek peningkatan ekonomi membabitkan golongan berpendapatan rendah ini cukup membanggakan kerana mereka memberikan kerjasama menggalakkan untuk menjayakannya.

“Peserta-peserta projek cukup berkomitmen dan berkemahuan untuk keluar dari garis kemiskinan walaupun projek ini masih terlalu awal untuk melihat kemajuannya.

Beberapa kelompok menunjukkan tindakbalas positif daripada peserta bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan kecil yang wujud dan berjanji akan berusaha agar projek ini berjalan dengan lancer sehingga berjaya,”
 
Katanya, projek ini sentiasa di pantau dan mendapat perhatian ahli parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed bagi membantu penduduk di parlimen ini.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement