Carian  
12 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 KRT di Minta Aktif Dengan Pelbagai Program Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 22 Jun 2009

Picture 166.jpg

Arjunawira (berdiri, kedua kiri) bersama Bakri manyaksikan persembahan silat

BECHAH TOK KAR 22 JUN 2009 – Kawasan Rukun Tetanga (KRT) di minta aktif menyusun dan mengadakan pelbagai program untuk mempupuk semangat kejiranan ke arah jalinan perpaduan lebih kukuh.

Pegawai Perpaduan, Arjunawira Ahmad berkata, keperlbagian program yang di rencanakan KRT di lihat berkesan menarik minat masyarakat menerusi aktiviti kemasyarakatan, kesenian dan kesukanan.

Menurutnya, pemupukan semangat kejiranan mampu membawa impak besar kepada masyarakat.

“Hasrat kerajaan untuk melihat kelompok masyarakat bersatu padu akan tercapai sekiranya masyarakat memahami konsep yang di tonjolkan.

“Penubuhan KRT adalah platform terbaik dalam pengukuhan perpaduan selain meningkatkan persefahaman antara satu sama lain,”katanya ketika berucap pada majlis perasminan KRT di dewan orang ramai dekat sini, semalam.

Hadir bersama ke majlis ialah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jeli, Bakri Daud dan Pengerusi KRT, Bechah Tok Kar, Abdul Rashid Abdullah.

Majlis perasmian turut di meriahkan dengan persembahan silat dan kumpulan nasyid.

Beliau berkata, matlamat penubuhan KRT seharusnya di fahami masyarakat kerana peranannya cukup besar.

“Keharmonian akan tercapai apabila masyarakat bersatu padu dan bersatu hati untuk memperkasakan kerajaan.

Arjunawira berkata, untuk mencapai matlamat itu, masyarakat seharusnya memahami peranannya bagi menggalakkan lagi semangat perpaduan.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement