Carian  
13 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 174 Hadir Kuliah Jumaat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 20 Jun 2009

RIMG0128.JPG

Antara Peserta Kuliah Jumaat

JENUB 20 JUN 2009 - Program demi program diatur oleh pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli bagi menghidupkan institusi ilmu terbabit yang menjadi harapan Ahli Parlimen Jeli, YB.Dato’ Mustapa Mohamed.

 Seramai 174 orang  telah mengikuti Program Kuliah Jumaat yang dikendalikan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli, dekat sini, semalam. Ceramah disampaikan oleh Ustazah Sharifah Che Bedollah yang didatangkan khas dari Pasir Mas Kelantan.Ceramah tersebut mengupas intipati Al-Quran melalui Surah An-Nisaa sambungan pada minggu lepas.
 
 Di samping itu juga, kuliah tersebut juga memberi ruang dan peluang kepada perserta yang hadir untuk mengemukakan soalan melalui sesi soal-jawab islam berkenaan dengan segala aspek yang meragukan mereka.Ternyata, sesi tersebut membuahkan perbincangan yang menarik malah persoalan yang dikemukakan dapat diselesaikan secara terus menerus.

  Rata-rata mereka yang hadir amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli sekaligus dapat memenuhi aktiviti hari minggu dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

RIMG0129.JPG

Ustazah Sharifah Bedollah sewaktu menyampaikan kuliah jumaat

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement