
Antara Peserta Yang mengikuti Program Qiamulai
JENUB 19 JUN 2009 – Seramai 82 orang dari Peti Undi Lalang Pepuyu, Kajang dan Air Batu menghadari kem qiamullai siri ke 6 yang diadakan di Pusat Dakwah Jeli, dekat sini, semalam.
Kem Qiamullai ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, Mat Nasir Mohamad, Pegawai Bina Insan KADA yang mengupas topik sejarah tanah air, yang menyentuk aspek perjuangan di tanah air kita, khususnya di Negeri Kelantan.
“Siapa tak kenal dengan seorang perjuangan tanah air iaitu Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut, beliau seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan.
“Tok Janggut merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan, beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat ", kata Mat Nasir Mohamad di hadapan yang hadir.
Pengurus Pusat Dakwah, Tn.Hj.Ismail Jusoh yang ditemui berkata program tersebut amat mendapat perhatian YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang ingin memastikan masyarakat Parlimen Jeli tidak terlepas dari aktiviti ilmiah ini.
Menurutnya, dua orang penceramah telah dijemput untuk mengendalikan program berkenaan bagi memastikan program dapat dijalankan dengan lancar
Pusat Dakwah Parlimen Jeli telah menjadi satu mercu tanda bagi aktiviti keagamaan di Parlimen Jeli dan ia juga merupakan satu-satunya pusat ilmu keagamaan berbentuk moden di Malaysia.

Mat Nasir Mohamad (berdiri) Menyampaikan Ceramah Tentang Perjuangan Tanah Air.