Carian  
10 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Belia Penentu Masa Depan Negara Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 18 Jun 2009

IMG_7032.JPG

Golongan Belia Harus Tampil Dengan Keyakinan Dan Semangat Yang Tinggi

RENYUK 18 JUN 2009 – “Prinsip bekerjasama perlu di suburkan dalam jiwa belia dan ianya cukup positif untuk membawa satu permuafakatan ke arah kehidupan lebih sejahtera dan rukun damai, “ kata  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul IKhwaniza Mohd Zahari ketika berucap pada majlis perasmian penutup Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) peringkat negeri Kelantan dekat sini, baru-baru ini anjuran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bersama Pertubuhan Penggerak Generasi Muda Kelantan (PGMK).

Belia-belia di negeri ini di ajak mencorakkan wajah Malaysia harmoni dengan memupuk dan menyuburkan perpaduan yang telah sekian lama wujud di negara ini

Katanya, belia adalah pewaris dan pembina kecermelangan masa depan negara.

Menurutnya, masa depan negara hari ini terletak di tangan belia dan seharusnya belia tampil dengan keyakinan tinggi untuk membawa misi negara.

“Untuk membawa kecermelangan itu, belia perlu bekerjasama dan bersemangat menempuh pelbagai cabaran dan halangan.

Katanya, program jatidiri kesukarelaan nasional yang di rencanakan merupakan satu program berfaedah kepada belia.

“Impaknya cukup besar sekali menerusi aktiviti-aktiviti yang di jalankan terutama kepada pelajar-pelajar tercicir mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

“Program seperti ini mampu membina keperibadian belia yang bertindak sebagai penggerak pembangunan masyarakat seterusnya negara,”katanya

Hadir bersama ialah Presiden dan Timbalan PGMK, Mohd Zharuzaman Mohd Zin dan Malik Abdul Malek.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement