
En.Hassan Basri Sewaktu Di Temui, Dekat Sini, Hari Ini
GEMANG 18 JUN 2009 – “pihak fama merancang pelbagai cara bagi memasarkan buah-buahan bermusim pada tahun ini” kata Pegawai FAMA Daerah Jeli, En.Hassan Basri sewaktu ditemui dekat sini, hari ini.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Jeli merancang beberapa cara bagi memasarkan hasil pertanian penduduk tempatan antaranya menubuhkan gerai-gerai jualan dan belian, mengeksport buah-buahan keluar Negara dalam bentuk sejuk beku dan sebagainya.
Katanya, pada tahun ini FAMA menfokuskan kepada buah durian untuk dieksport keluar Negara contohnya ke Australia dan ia bergantung kepada hasil pengeluaran durian pada musim ini.
Menurutnya, terdapat tiga buah kilang memproses buah durian di Parlimen Jeli antaranya di Kuala Balah, Jeli dan Ayer Lanas untuk di eksport ke luar Negara.
Sehubungan dengan itu juga, pihak FAMA turut menyediakan kemudahan pengurusan tempat bagi petani dari Parlimen Jeli yang ingin berniaga di kawasan luar dari Daerah Jeli
Katanya, apa yang diusahakan dan dirancang oleh FAMA ini adalah untuk membantu petani memasarkan produk pertanian petani di samping dapat meningkatkan sosio-ekonomi mereka