
Dari Kiri : Datuk Dr.Azmi Menerima Cenderahati kenang-Kenangan Dari Pihak Sekolah
AYER LANAS 18 JUN 2009 – “ pandai tapi tidak berusaha, maka kita tidak akan berjaya” kata Ybrs.Datuk Dr.Azmi Setapa, Setiausaha Politik kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed sewaktu berucap merasmikan Hari kerjaya di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Ayer lanas, dekat sini, hari ini.
Dalam ucapan tersebut, beliau menyeru agar para pelajar gigih berusaha memajukan diri masing-masing bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Menceritakan pengalaman sepanjang membesarkan anak-anak, beliau yakin individu yang tekun berusaha akan mendapat kejayaan yang cemerlang berbanding individu yang pandai tetapi kurang berusaha akan menempuh kegagalan.
“ saya ingin melihat sekolah ini standing dengan sekolah-sekolah lain di Bandar dalam pencapaian akademik.
“saya dan YB.Dato’ Mustapa Mohamed selaku Ahli Parlimen Jeli sedia membantu pihak sekolah dalam apa hal sekali pun untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar” katanya.
“ pelajar juga harus tahu mematangkan fikiran masing-masing bagi menjamin masa depan” tambah beliau sewaktu berucap dihadapan pelajar sempena program terbabit.