
YB.Dato' Mustapa Mohamed bergambar di hadapan Madrasah Bendang Kuala yang baru sahaja selesai Pembinaannya
BUKIT BUNGA 17 JUN 2009 – Fokus utama Jeli adalah dalam bidang keagamaan bagi membentuk masyarakat yang bertakwa sekali gus membangun sejajar dengan tuntutan agama.
Ahli Parlimennya, YB.Dato’ Mustapa Mohamed baru-baru ini sewaktu merasmikan Majlis Khatam Al-Quran dekat sini berkata, Parlimen Jeli akan terus membangun tanpa mengasingkan aspek keagamaan.
Penubuhan Pusat Dakwah Parlimen Jeli menunjukkan komitmen beliau agar masyarakat di Parlimen Jeli didedahkan dengan asas-asas agama sekali gus dapat membentuk masyarakat dengan nilai-nilai murni melalui agama dan dakwah.
Pusat Dakwah Parlimen Jeli sentiasa dipenuhi oleh masyarakat Parlimen Jeli dengan menyertai program-program yang dianjurkan antaranya kuliah jumaat, qiamullai cawangan, kem kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah Parlimen Jeli, kem kepimpinan dan sebagainya.
Amat membanggakan, kesemua program yang dianjurkan mendapat pemantauan setiap masa oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed sendiri.
Sehubungan dengan itu juga, hampir 98 peratus masjid dan madrasah telah dibina dan dibaikpulih seluruh Parlimen Jeli bagi member keselesaan kepada masyarakat Parlimen Jeli mengerjakan ibadat.