![edit[1].jpg](/Portals/0/edit[1].jpg)
Antara Koleksi Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed Di Manek Urai
MANEK URAI 16 JUN 2009 – Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, YB. Dato’ Mustapa Mohamed merangka program turun ke peti-peti undi dalam DUN Manek Urai baru-baru ini bagi meninjau dan mempastikan persiapan PRK Manek Urai berjalan lancar.
Program Lawatan tersebut dimulakan dengan Peti Undi Manek Urai Lama, Sungai Perial, Sungai Sok, Chuchuh Puteri dan Temalir. Lawatan ini diadakan pada semalam 13 Jun 2009. Setiap peti undi yang dilawati mendapat sambutan yang menggalakkan. YB. Dato’ diberi taklimat mengenai status peti undi dan perancangan serta program yang telah diadakan dan akan dibuat sepanjang PRK Manek Urai ini sehinggalah hari mengundi pada 14/7/09 itu nanti.
Pada hari ini YB. Dato’ Pa akan melawat 4 lagi peti undi iaitu Manek Urai Baru, Laloh, Lata Rek dan Manjor. Bersempena dengan lawatan tersebut juga YB. Dato’ Mustapa Mohamed member kata-kata semangat dan peransang kepada Jentera setiap peti undi yang dilawati.
“Manek Urai akan dijadikan DUN Angkat oleh Kerajaan Barisan Nasional jika menang dalam pilihanraya kecil ini. Penduduk Manek Urai akan mendapat banyak faedah pembangunan dan akan lebih kedepan lagi berbanding dengan DUN yang lain”. Demikian ucapan YB.Dato’ Mustapa Mohamed.
Turut sama dalam setiap program lawatan tersebut ialah YBhg. Dato’ Ramzi Abd Rahman Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai merangkap Pengerusi KESEDAR.

Koleksi Lawatan Dan Ramah Mesra YB.Dato' Mustapa Mohamed